Saturday, September 25, 2010

PETUA KHUSYUK

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

BACAAN DOA QUNUT

Allahummahdinii fii man hadaiit, wa aafinii fii man aafaiit, wa tawallanii fi man tawallaiit, wa baarik lii fiimaa athaiit. Wa qinii bi rahmatika syarra maa qadhaiit. Fa innaka taqdhii wa laa yuqdhaa ‘alaiik. Wa innahu laa yudzillu man waalaiit. Wa laa ya’izzu man ‘aadaiit. Tabaarakta rabbanaa wa ta’aalait. Fa lakal-hamdu ‘alaa maa qadhaiit astaghfiruka madinin-nabiyyil ummuyyi wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallam.

Artinya: “Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. BErilah aku kesehatan seperti orang yang telah Engkau beri kesehatan. Pimpinlah aku bersama-sama orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pada segala apa yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pda segala apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau pastikan. Karena, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan tidak ada yang menghukum (menentukan) atas Engkau. Sesungguhnya tidaklah akan hina orang-orang yang telah Engaku beri kekuasaan. Dan tidaklah akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha berkahlah Engkau dan Maha Luhurlah Engkau. Segala puji bagi-Mu atas yang telah engkau pastikan. Aku mohon ampun dan kembalilah (taubat) kepada Engkau. Semoga Allah memberi rahmat, berkah dan salam atas nabi Muhammad beserta seluruh keluarganya dan sahabatnya.”

Saturday, September 12, 2009

Wednesday, September 09, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan
seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan
kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku,
Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis
kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke
neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api
neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab
sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari
kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya,
suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari
ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah
al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api
neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa
suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi
sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim
seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan
berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang
yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang
yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu
malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat
Muhammad S.A.W".

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata
Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api
itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril,
Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di
kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api
itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah
mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air
mata."

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan Nama Allah ,
Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Ya Allah ..
Seandainya telah Engkau Catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hati ku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah..
YaTuhanku yang Maha Menagsihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami……..

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan,
Dia bukan Milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan ku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan………

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti….
Berilah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh di dada langit,
Hilang barsama senja merah,
Agar aku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta….
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku
Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba mu ini…..
Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif.ini….

Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia mahupun akhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Kejalan yang engkau redai,
Dan kurniakanlah pada ku keturunan yang soleh dan solehah…….

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka……………………….

AMIN…….AMIN……AMIN,,,,,,,,
YAARABBALA’LAMINN…………….

UNTUK HAMBA ALLAH YANG BERGELAR MUSLIMIN (LELAKI)

Dalam kehidupan kita seharian, jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan orang yang bernama lelaki akan resah.. mereka masih lagi mencaru-cari walaupun sudah memiliki segala-galanya. Apa lagi? Kerana tidak ada di syurga… namun Nabi Adam a.s tetap merindui Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki yang gagah, berani dan seumpamanya memanggilnya ibu atau puteri. Dijadikan mereka itu (wanita) daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh insan yang bernama lelaki. Tetapi jika insan yang bernama lelaki itu sendiri yang tidak lurus, maka adalah mustahil sama sekali untuk mereka meluruskan wanita…
Wahai insan yang bernama lelaki, luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH S.W.T. didiklah mereka dengan panduan dari YANG MAHA ESA. Jangan sesekali cuba jinakkan mereka (wanita) dengan harta, kerana nanti mereka akan menjadi semakin LIAR… jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, kerana kelak mereka akan semakin menderita… kerana sesungguhnya yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kenalkanlah mereka kepada ALLAH dan dekatkanlah diri mereka dengan ALLAH S.W.T zat yang kekal, kerana sesungguhnya disitulah terletak suisnya.
Akal setipis rambut, maka tebalkan mereka ilmu. Hati yang serapuh kayu, maka kuatkanlah mereka dengan iman. Perasaan yang selembut sutera, maka hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia. Suburkanlah mereka dengan tersebut, kerana disitulah nanti mereka akan nampak nilainya dan keadilan ALLAH. Pastinya mereka akan terhibur dan bahagia hati mereka walaupun mereka tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri.
Bisikkanlah ditelinga mereka bahawa… kelembutan yang dijadikan oleh ALLAH kepada mereka bukan suatu kelemahan dan yang pastinya itu bukanlah diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan kerana Rahim seorang wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki yang waja, negarawan, jutawan, karyawan, dan wan-wan bermacam wan lagi. Tidak akan lahir “ superman” tanpa “super woman”. Ingatlah wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan menghibur. Tanpa ilmu, iman dan ahklak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Ingat…… lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita berbanding dengan wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh bodoh wanita boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenali Tuhannya, mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apatah lagi untuk mengenali lelaki… kini… bukan sahaja ramai “bos” yang kehilangan secretariat, bahkan ramai anak yang kehilangan ibunya, suami akan kehilangan isteri dan bapa pula kehilangan puterinya. Bila wanita derhaka maka dunia lelaki menjadi huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah hati, jantung dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya engkau mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita ke jalan ALLAH, pimpinlah diri sediri terlebih dahulu kepada-NYA. Jinakkan diri dengan ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. Jangan mengharapkan isteri seperti saiyidatina Fatimah r.a jika peribadi kita belum lagi seperti sayyidina Ali r.a.

Azan berkumandang 24 jam


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'


Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.


Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.


Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.


Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.


Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.


Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.


Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.


Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.


Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.


Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!


Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.